Gereja sasaran Serangan terhadap gereja di Malaysia 2010

  1. Gereja Katolik Metro Tabernacle di di Desa Melawati, Kuala Lumpur hangus terbakar. Gereja ini sudah beroperasi sejak 12 tahun lepas (1998) dan mempunyai 1,500 jemaah.Pemimpin gereja Metro Tabernacle Mejar (B) Peter Yeow mendapat panggilan telefon mengenai kebakaran tersebut pada kira-kira pukul 12 malam Khamis. Gereja itu terletak di bahagian hujung lot rumah kedai ,dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.
  2. Gereja Assumption terletak di sebelah Hospital Assunta di Petaling Jaya Old Town . Gereja ini menjadi sasaran jam 4 pagi, 8 Januari 2009.Bom petrol dibaling ke dalam kawasan perkarangan gereja, tetapi botol tidak pecah dan tidak berlaku kebakaran.
  3. Gereja Life Chapel di Seksyen 17, Petaling Jaya berlaku kerosakan kecil di bahagian luar luar bangunan .[1]
  4. Polis menafikan cermin kereta-kereta di Bangsar yang ada lambang Kristian turut dipecahkan .
  5. Gereja di Kampung Subang,Shah Alam Selangor.Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan molotov cocktail yang dibaling ke arah gereja di Kampung Subang itu tidak meletup.
  6. Gereja Good Shepherd Lutheran di Jalan Othman, Petaling Jaya. Pederi Augustine Mutusamy, 43 melihat dua kesan terbakar pada dinding bangunan.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed menyatakan pihak polis sedang menyiasat.
  7. Gereja All Saints di sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Jalan Taming Sari, Taiping, Perak.Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah menyatakan bom api dilemparkan tetapi hanya kerosakan kecil.
  8. Gereja St Louis bersebelahan SMK Convent juga dibaling dengan botol mengandungi bahan bakar, tetapi hanya mengakibatkan kerosakan kecil.[2]
  9. Gereja Baptist Melaka di Durian Daun, telah disimbah dengan cat hitam.Nanyang Siang Pau menyatakan polis Melaka mengesahkan perkara itu.[3]
  10. Gereja Good Shepherd di Lutong,Miri,Sarawak turut dibaling batu dan tingkapnya pecah.Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud menyifatkan pelakunya sebagai pengecut.Semasa mubaligh Kristian buat pertama datang ke Mukah, moyang beliau menawarkan bantuan untuk membina gereja mereka. Ini bukan bertentangan dengan Islam.[4]
  11. Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di Lakeview Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan rosak pintu depannya terkena simbahan petrol.[5] Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mahu bilangan 21 buah kamera CCTV sekarang ditambah di Seremban bagi mengelak sebarang sabotaj. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh menyifatkan kes ini sebagai provokasi sahaja, bukan sabotaj.[6]
  12. Kuil Sikh, Gurdwara Sahib di Sentul, Selangor telah dibaling dengan batu dan pintu kaca telah pecah ketika sekumpulan sukarelawan sedang membersihkan kuil itu pada jam 6.15 petang. Kuil itu berusia 100 tahun. Sewaktu prosiding kes Herald, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Jagir Singh telah mencelah perbicaraan. Perkataan 'Allah' dalam kitab suci Sikh - Sri Guru Granth Sahib Ji adalah dari Tuhan dan tidak patut dipinda-pinda. [7]
  13. Gereja Katholik St Elizabeth di Jalan Kota Kecil, di Kota Tinggi. Pintu pagarnya disimbah cat merah pada 14 Januari 2010 jam 6.00 am .Ketua polis daerah Kota Tinggi Supt Osman Mohamed Sebot mengesahkan kejadian tersebut. Dua tong cat, satu cat merah dan coklat ditemui dalam longkang berhampiran.[8]

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan semua Ketua Polis Negeri memantau dan meronda masjid dan gereja bagi mengelakkan . Tiga demonstrasi telah diadakan di Kuala Lumpur, dua di Pahang, empat di Selangor dan satu di Terengganu.[9]

Wakil-wakil kedutaan asing diberi taklimat di Putrajaya . Kementerian Dalam Negeri tidak berniat menyembunyikan apa-apa fakta dan maklumat berhubung insiden serangan di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar melarang perhimpunan pada hari Rabu , 13 Januari 2010 di Gereja Assumption Petaling Jaya.

Rujukan

WikiPedia: Serangan terhadap gereja di Malaysia 2010 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://malaysiakini.com/news/121443 http://malaysiakini.com/news/121593